Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

7 Tips Ringkas Bina Bisnes Sambil Bekerja

Tak salah untuk berniaga sambil bekerja. Yang penting anda tahu batas dan peraturan yang ada (jika anda terikat dengannya). Asalkan kerja hakiki anda tidak terjejas, dan bisnes anda tidak merugikan, cubalah 7 tips ringkas ini. Semoga berjaya! 1) Dapatkan sebab kukuh kenapa perlu berniaga Cari why anda. Apa yang membuatkan anda termotivasi untuk berniaga dan why ini perlu untuk anda sentiasa bersemangat nanti. Adakah anda mahu bebas kewangan, membantu ibu bapa dan sebagainya. Why ini juga penting supaya anda tak cepat putus asa. 2) Komited dengan impian anda Suka buat, mahu buat dan komited untuk buat adalah perkara berbeza. Nak berniaga akan ada proses dan cabarannya. Jika anda komited, apa jua halangan sekalipun anda akan tempuhi dengan gigih. Dan anda bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. 3) Bina visi bisnes Tuliskan apa yang anda mahukan dari bisnes anda secara spesifik 3-5 tahun akan datang. Tulis deskripsi yang padat dan gunakan perkataan “Saya sudah capai” berba...

4 Langkah Untuk Sediakan Minda Positif Menjelang Tahun Baru 2018

Anda gembira sebab anda berjaya, atau anda berjaya kerana anda gembira? Ramai orang fikir anda gembira kerana anda berjaya. Sebenarnya, kerana anda gembira dan senang hatikah anda berjaya. Positif. Anda positif, fikiran positif, perbuatan anda positif, ini semua menarik kejayaan datang pada anda. Minda yang positif merembeskan hormon seumpama dopamin yang membenarkan anda untuk memproses lebih info dan membuka lebih banyak peluang untuk anda terokai. Minda anda 3 kali ganda lebih efektif dan kreatif jika anda positif. Untuk mulakan 2018 dengan positiviti yang menyeluruh, cuba 4 tips ringkas ini. 1) Jangan mula dari kosong Bila anda menulis resolusi anda nanti, atau semasa anda menulis matlamat harian anda sekalipun, jangan mulakan dengan kertas yang kosong. Tulis apa pencapaian anda tahun ini atau hari ini. Tulis kejayaan-kejayaan anda supaya anda reset minda untuk positif. Bila anda dah nampak apa yang anda capai tahun ini (biarpun ianya kecil, tulis juga), anda akan lebih ...