BISNES UNTUK BANTU ORANG – 5 Tips Pemasaran Haji Mat Sdn Bhd
“Hari tu kat rumah saya, bila nak flush je, air kat jamban tu naik balik. Hadoyai. Nasib ler ada nampak iklan Haji Mat, PM tepi tanya harga memang berpatutan, bila datang,servis lak tip top.. masalah pun settle! Fuhh.. Lega rasa.”
– Aisyah, Masjid Tanah –
Haji rasa gembira bila dapat bantu selesaikan masalah orang. Terutamanya masalah yang orang lain tak nak buat seperti masalah pengurusan tangki septik dan kumbahan. Bukan senang nak dapatkan perkhidmatan seperti ini. Kalau ada pun bayarannya mungkin mahal.
Haji nak kongsikan dengan semua orang apa tips yang Haji Mat Sdn Bhd gunakan untuk marketkan bisnes Haji ni. Orang kata bisnes Haji ni susah nak dapat pelanggan, tapi Haji percaya, selagi Haji dapat bantu orang, selagi itulah Haji boleh dapat pelanggan untuk bisnes Haji. Walaupun Haji hanya tawarkan servis sedut najis dan angkut sampah.
Jadi untuk anda yang nak buat bisnes perkhidmatan, jangan rasa tertekan, jangan rasa ianya susah kerana jika anda ada ilmu pemasaran yang betul, InsyaAllah bisnes perkhidmatan anda boleh berjalan sehebat bisnes-bisnes lain.
Haji nak kongsikan 5 Tips Pemasaran yang Haji gunakan untuk promosi dan marketkan bisnes Haji Mat Sdn Bhd di mana kepakaran kami adalah dalam membantu anda mendapatkan persekitaran hidup yang sihat dengan menyediakan perkhidmatan sedutan najis tangki septik merangkumi kawasan kediaman rumah kampung sehingga taman perumahan. Juga untuk kilang, tandas awam, restoran, rumah kedai, hotel dan bangunan kerajaan.
5 Tips Pemasaran Yang Haji gunakan untuk promosi dan marketkan bisnes Haji Mat Sdn Bhd
- Buat Video Viral
Haji memang tak pandai bab-bab viral ni tapi Haji suka terima idea dari management Haji yang rata-ratanya adalah terdiri dari orang muda. Jadi mereka dah buat satu video tentang perkhidmatan sedutan najis kami dan ianya dah menjadi viral. Bila video tersebut viral, makin ramai orang kenal syarikat kami.
2. Buat Cabutan Bertuah
Cabutan bertuah yang Haji buat bukanlah untuk promosi semata-mata tapi Haji nak buatkan orang ramai tahu betapa pentingnya kebersihan tangki septik. Jadi, bila Haji offer cabutan bertuah kepada pelanggan yang gunakan khidmat kami, ianya lebih senang untuk orang faham pentingnya bersihkan tangki septik.
- Buat Servis Sedut Tangki Septik di Masjid Dan Surau
Haji percaya idea Dr Azizan, kita berkerjasama dengan pihak masjid dan surau dan tawarkan mereka perkhidmatan sedut tangki septik masjid dan surau. Ini macam aktiviti CSR, tapi ianya bantu beri impak positif kepada bisnes Haji.
- Gunakan Facebook
Team Haji selalu upload apa-apa aktiviti kami di Facebook. Ini semua bertujuan untuk tunjukan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan Team Haji boleh dipercayai dan beri lebih ramai orang nampak bisnes Haji Mat Sdn Bhd
- Gunakan warna terang
Kalau anda nak tahu, selain dari uniform team Haji yang berwarna oren, kami juga catkan bangunan kami berwarna oren, lori kami berwarna oren. Dari jauh orang boleh nampak dan Haji nak berikan imej ceria kepada perkhidmatan kami. Jadi, bila orang ingat warna oren, orang akan ingat kami Haji Mat Sdn Bhd.
Ini tips ringkas dari Haji. Haji dah berniaga lama, tapi selepas belajar dengan Dr Azizan Osman, Haji rasa lebih yakin nak bawa bisnes Haji ke tahap yang lebih tinggi. Sekarang Haji Mat Sdn Bhd juga dah keluarkan baja organik sendiri. Dulu Haji tak terfikir nak buat benda ni, tapi dengan adanya mentor Haji lebih serius nak bawa bisnes Haji ke tahap lebih besar.
Nasihat Haji, jangan malu-malu nak berbisnes. Kalau Haji buat servis sedut tangki najis pun boleh jalan, kenapa anda semua tak boleh? Cari mentor dan ilmu, mesti boleh jalan…
Ulasan
Catat Ulasan