3 Mental ‘ROAD BLOCK’ – Penghalang Paling Besar Untuk Kita Berjaya. Kisah Wanita Yang Nak Tunggu Duit Pencen.


Ada seorang wanita pernah bertanya soalan kepada kami, kenapa saya dah berusaha keras tapi masih lagi tak berjaya?  Yang menghairankan wanita ini telah tamat menghadiri program platinum kami, selalunya, bila dah hadir semua program, dan dah belajar betul-betul, serta ada tindakan, tak banyak sikit pasti ada perubahan dalam hidup dan kejayaan.
Perbualan melalui telefon yang kami adakan secara ‘random’ untuk samada cari kisah kejayaan atau nak cek dan update database yang kami ada, bertukar menjadi sesi soal jawab dan bercerita.  Mula-mula, perbualan agak tegang, kerana wanita tersebut menggunakan ayat “banyak duit yang saya habiskan. Tapi hidup saya masih tak berubah.”
Setelah terus mendengar cerita beliau dan terus bertanya beberapa soalan, kami dapati wanita tersebut masih bekerja dan berhasrat nak tunggu pencen kerana tak nak lepaskan wang pencen yang bakal diterima setiap bulan!
Dia cerita lagi, dengan kerjanya dia tak dapat fokus kepada bisnes yang beliau lakukan. Juga dapat banyak tentangan dari keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa ‘nasihatkan’ beliau untuk tunggu duit pencen.  Duit pencen  yang akan dia perolehi InsyaAllah 10 tahun lagi, kalau nyawa masih ada lagi bagus dari berusaha sekarang dan dapat duit pencen dari kejayaan sekarang yang mungkin lagi awal diperolehi dan mungin lagi banyak..InsyaAllah.
Ok Fine! Kami  akhirnya dah dapat jawapan…
Ramai orang berada dalam keadaan keliru tentang apa yang mereka NAK capai dalam hidup mereka dan apa yang mereka perlu korbankan.  Sebab itu dalam Islam kita ada solat Istikharah, untuk bantu kita buat jawapan yang betul.  Masalahnya ramai orang tak berani buat keputusan.  Keputusan mereka banyak sangat tapi dan alasan…
Sebesar mana rasa NAK CAPAI sesuatu, sepatutnya besar itulah juga tindakan yang akan kita ambil.  Kalau tak, kita akan sentiasa cari alasan dan seolah-olah elak dari capai apa yang kita hajatkan.
Ada 3 perkara yang kita kena jelas tentang diri kita, kenapa kita mudah kecundang, mudah ubah fikiran dan menyebabkan kita gagal dalam melaksanakan apa yang kita inginkan. Target bukan main la gempaknya  tapi resultnya? Jom kita tengok 3 perkara penting ini: –
1) Diri Sendiri –  Musuh utama kejayaan ialah diri sendiri. Ramai orang masih ego dan malu nak lihat kelemahan diri mereka.

Bukan senang ya nak terima kelemahan diri? Tapi itulah hakikatnya. Sebelum kita nak salahkan sesuatu yang dah terjadi pada diri kita, kita ‘Self Reflect’ dahulu. Mengaku segala kelemahan dan keburukan kita. Bila kita dah boleh mengaku dan terima kesalahan kita seadanya, barulah kita boleh belajar nak improve diri kita dengan sepenuh hati dan seterusnya barulah kita boleh nampak dengan mudah kat mana perkara yang nak kita perbaiki.
Ada orang, dia tak cukup kuat untuk ‘make decision’ untuk buat tindakan dalam hidup.  Dia biarkan dirinya dikawal oleh suara-suara orang lain, suara-suara kawan dan saudara yang mengatakan rugi kalau kau lepaskan duit pencen…
Isunya, kenapa kita nak biarkan orang lain ‘dictate’ hidup kita?  Kenapa nak biarkan mereka ‘tentukan’ hidup kita, adakah mereka yang bakal bantu bayar  hutang dan bil kita, adakah mereka yang bakal teman kita bila kita dah tua.  Kenapa kita tak berjaya sekarang, kenapa nak tunggu berjaya kemudian?  Selagi kita biarkan diri kita dikuasai oleh suara orang lain, suara kecil yang negatif, kita takkan kemana.
2) Mentaliti – Mentaliti tak kuat punca orang asyik gagal dan berputus asa.  Ramai orang idamkan yang baik-baik, yang senang-senang.
Buat hari ni, esok terus jadi.  Buka bisnes hari ini, esok terus kaya.  Setiap apa yang kita nak capai ada prosesnya.  Ada langkah demi langkah yang perlu kita lalui. Kalau dah terlampau selesa di sesuatu tempat anda jangan fikir dengan keselesaan anda, anda akan dapat capai kejayaan yang baru.
Masalahnya ramai orang dah habiskan banyak duit untuk belajar cari ilmu tapi mereka tak nak buat tindakan kerana mental mereka kata, mereka dah OK dengan tahap sekarang tak perlu ubah lagi atau mereka rasa, OK je untuk tunggu pencen, dapatlah RM1000 lebih sebulan syukurlah, jadi bila mentaliti kita dah fikir dan percaya benda seperti itu, takkan berjaya kita nak buat tindakan lagi besar untuk capai kejayaan lagi besar.
3) Perasaan – You’re Biggest Fear – Kalau kita benar-benar nak berjaya, perasaan takut ‘fear’dalam diri adalah perkara paling besar harus kita hadapi dan kita atasi.

Selagi kita ada perasaan takut dalam diri kita, selagi itulah kita akan jadi pengecut sampai bila-bila! Bunyi macam kena kecam ya? Tetapi selagi kita tak boleh buang ‘fear’ dalam diri kita selagi itulah kita takkan berjaya sampai bila-bila.
“We grow fearless by walking into our fear”. Itu kata-kata oleh seorang ‘leadership experts’ Robin Sharma.
Sepanjang Richworks dan Dr Azizan Osman mengadakan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) semenja tahun 2010 sehingga sekarang, Mental Roadblock adalah antara perkara yang selalu dihighlightkan oleh Dr Azizan Osman dalam setiap kali beliau berdiri.  Malahan di hari pertama lagi, beliau akan bercakap tentang halangan kejayaan yang kebanyakannya berpunya dari Diri, mentaliti dan perasaan sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKIBAT SUKA SOLAT DI HUJUNG WAKTU

BISNES UNTUK BANTU ORANG – 5 Tips Pemasaran Haji Mat Sdn Bhd

4 Kesilapan Besar Yang Dilakukan Oleh Pemilik Restoran. Jangan Ingat Makanan Dah Sedap Dah Cukup Bagus Untuk Buat Sales.