5 Sebab Toys R US Terpaksa Istiharkan Perlindungan Dari Bankrup, Maksudnya Apa?
Ingat tak masa kecil dulu, bila kita tengah syok main masak-masak dengan kawan-kawan, tetiba ada kawan baru datang bawak kereta remote control dan akibatnya semua kawan-kawan yang dulunya dari pagi sampai petang main masak-masak dengan kita, dah tak nak main lagi. Semuanya pun sibuk dengan kereta remote control baru si kawan yang lagi satu.
Kita yang tak nak ngaku kalah cuba macam-macam teknik yang kita rasa betul dan kita suka supaya dapat ajak kawan lain meneruskan hobi lama main masak-masak dengan kita. Kita perkecilkan kereta remote control kawan tu, kita pergi sorok kereta remote control tu, dan ada yang siap bagi amaran supaya dia tak kacau kawan yang dulu pernah main masak-masak dengan kita.
Akibatnya apa? Kita mainlah masak-masak sendiri, orang lain dah jadi lebih excited dengan mainan baru. Kena pulak kawan yang ada kereta remote control tu terlebih friendly, baik, habislah kau…!
Itu dulu, zaman budak-budak.
Tapi nak cerita sikit kisah benar yang berlaku kepada syarikat pengedar dan pengeluar alat mainan kanak-kanak yang satu masa dulu sangat terkenal. Kalau sesiapa yang dapat hadiah barang permainan dari tempat ni, memang gempak! Dengan pilihan yang banyak, alat mainan terkini, dari sekecik saiz ke sebesar-besar alat mainan semua ada. Dengan 750 cawangan di 37 negara, ini bukan setakat bisnes alat mainan kat pasar malam. Toys R US yang dah wujud semenjak 1948 akhirnya dah istiharkan untuk dapatkan “bankcruptcy protection” akibat dari PERSAINGAN dan HUTANG sedia ada.
Maknanya apa? Sebesar mana pun perniagaan, jika anda tak pandai nak bermain dengan situasi semasa, tak pandai bermain dengan teknologi, tak pandai nak urus hutang dan uruskan persaingan, anda akan dipermainkan. Kami nak kongsikan 5 sebab yang anda perlu jaga-jaga, jika anda tak alert, perkara yang sama boleh berlaku kepada bisnes anda juga.
1) Peka
Anda kena peka dengan persaingan di sekeliling anda serta perubahan yang berlaku terutamanya dari segi teknologi dan permintaan pelanggan.
Toys R US dah mula memasarkan produknya secara online semenjak 10 tahun lalu. Dengan permintaan yang banyak dan cawangan yang besar di 37 negara, memang susah nak percaya syarikat sebesar ini boleh bankrup. Mereka memang boleh jadi industri leader dan tawan semua pasaran alat mainan kanak-kanak. Sepatutnya, kanak-kanak seluruh dunia perlu ada barang mainan dari Toys R US. Mereka lihat semua orang memerlukan barang permainan mereka.
Toys R US juga telah bergabung dengan Amazon.com untuk memasarkan produknya. Malangnya, Toys R US tak peka tentang permintaan orang ramai. Amazon.com yang nampak kekurangan Toys R US dalam menghasilkan lebih banyak pilihan telah membuka tawaran kepada orang lain untuk menjual barang mainan yang tidak dikeluarkan oleh Toys R US. Ini memberikan pilihan yang besar kepada pelanggan Amazon.com yang sangat percaya bahawa semua barang yang orang cari perlu ada dan mudah didapati di Amazon.com.
2) Sentiasa Belajar
Ambil inisiatif untuk sentiasa belajar dan cari ilmu terkini bukan bertindak ikut ‘assumption’ dan agak-agak sahaja. Bila dah tahu dan dah ada ilmu, apa tindakan yang kita buat adalah lebih jelas dan tak ikut emosi.
Toys R US, ‘assume’ mereka ada hak ekslusif di Amazon.com. Mereka mungkin rasa mereka yang terbesar, dan dah tentu Amazon.com tak nak berkolaborasi dengan syarikat yang lain. Malangnya, tak! Amazon.com kata mereka akan berikan hak ekslusif kepada Toys R US jika, mereka mampu keluarkan lebih banyak produk dan lebih banyak pilihan.
3) Bersedia melakukan inovasi (perubahan)
Satu ‘advertising campaign’ Toys R US – I don’t wanna grow up, I want to be Toys R US Kid, memang dah tak sesuai dengan situasi sekarang. Apa yang berlaku setiap hari adalah? Perubahan! Pelanggan berubah, permintaan mereka berubah, teknologi berubah keadaan sekitar berubah, sikap manusia berubah, semua pun berubah. Toys R US tak boleh fikir kehendak kanak-kanak 10 tahun lepas, sama dengan kehendak kanak-kanak sekarang. Kehendak ibu bapa terhadap anak-anak mereka sekarang takkan sama dengan kehendak mereka semasa kanak-kanak.
Macam kanak-kanak yang kalah dalam permainan, Toys R US ambil balik semua barang mainannya dari Amazon.com. Kerana tak mahu berubah, mereka cuba jual sendiri di platform onlinenya, cuba nak bersaing dengan Amazon.com dan lain-lain online store dengan caranya tersendiri. Tapi, dah tentu tak mudah. Buat kerja sendiri-sendiri berbanding berkolaborasi dengan syarikat besar yang sangat peka dengan perubahan.
Akibatnya, jualan Amazon.com terus meningkat dari USD2.78 bilion ketika mula membuat perjanjian dengan Toys R Us kepada USD136 billion pada tahun lepas, hanya dalam tempoh 10 tahun selepas kes saman menyaman dengan Toys R US.
Toys R US statik di tahap USD11billion setahun, sama dengan jumlah yang mereka buat 10 tahun dulu, dan terpaksa menanggung hutang sebanyak USD5 billion menyebabkan mereka ambil keputusan untuk istiharkan bankrap.
4) Faham apa pelanggan mahu
Ini bukan hanya tentang pasarkan bisnes secara online tapi faham apa lagi yang pelanggan mahu yang kita perlu ketahui dan ambi kira dalam bisnes kita. Toys R US mungkin hanya nampak semua orang memerlukan mereka dan mereka percaya pelanggan akan beli apa yang mereka ada, in stead of, Toys R US memerlukan pelanggan dan sanggup mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang pelanggan mahukan.
Gagal nak memahami apa yang pelanggan mahu di masa hadapan, gagal nak berada sealiran dengan permintaan semasa boleh buatkan bisnes sebesar ini melingkup sekelip mata..
5) Jangan rasa cukup selesa
Pelanggan memang lahir setiap hari, tapi pelanggan yang tak dijaga dengan betul, yang didedahkan dengan kelemahan kita yang tak mahu berubah, yang tak ditanamkan minda dengan jenama kita sentiasa, mungkin boleh jadi pesaing kita satu hari nanti atau akan nampak kat mana mereka boleh dapatkan sesuatu yang lebih baik untuk penuhi kehendak mereka.
Jangan mudah selesa dengan apa yang kita ada, dengan pelanggan yang ada dan dengan produk yang kita ada.
Macam anak-anak kecil yang main masak-masak tadi, kalau asyik selesa nak main masak-masak sedangkan orang lain dah mula nampak mainan lain yang lebih seronok dan lebih menarik, anda mainlah masak-masak dari pagi sampai petang seorang diri…
Bisnes memang ada pasang surut dan turun naiknya, tapi bila berbisnes dan enggan untuk berubah, enggan untuk ikut teknologi semasa, enggan untuk belajar dari pesaing dan apa yang berlaku di sekitar, anda bersedialah nak menerima nasib yang sama.
Ulasan
Catat Ulasan