7 Tanda Anda Patut Fokus Kepada Bisnes (Dan Mula Fikir Tentang Nak Berhenti Kerja!)
Pejam celik dah masuk bulan September. Sedar tak? Masa dah terbang meninggalkan kita.
Kami yakin, ada antara anda yang baca ini masih lagi sedang bekerja dan mungkin sedang berada dalam dilema.
Dilema yang anda sendiri sahaja yang faham. Nak kerja atau nak bisnes. Nak bisnes atau nak kerja. Siapa ada perasaan macam ni?
Anda mungkin sedang buat bisnes sambilan. Bisnes sambilan anda mungkin dah boleh buat sedikit jualan. Dan ada masanya anda boleh buat sales agak tinggi.
Tapi, sampai bila anda nak terus berniaga sambilan sedangkan anda sendiri dah tahu, berniaga boleh beri anda lebih pendapatan dan lebih masa jika anda usahakannya dengan betul. Jadi kami nak kongsikan dengan anda 7 tanda anda patut mulakan bisnes secara sepenuh masa dan mungkin anda dah boleh start draft surat nak berhenti kerja.
- Anda Dah Buat Kerja Yang Sama Selama 5 Tahun Dan Tak Ada Peningkatan
Adakah anda dah berada di jawatan yang sama, kerusi yang sama, lokasi yang sama selama lebih dari 5 tahun dan anda masih buat kerja yang sama. Tiada perubahan apa lagi peningkatan. Bak kata orang ‘pejam mata pun dah boleh siap semua kerja.’
Jika anda lihat diri anda tak ada peningkatan dalam kerjaya, anda mungkin boleh mula fikir untuk fokus kepada bisnes.
2. Hati Anda Lebih Banyak Teringatkan Bisnes Sendiri Dari Kerja
Tak baik bila kita kerja tapi tak sepenuh hati. Jasad ada di tempat kerja, tapi hati pada bisnes. Ini boleh menyebabkan kita kerja sambil lewa atau kita akan curi masa kerja untuk buat bisnes. Bila anda dah rasa macam ni, anda patut buat pilihan lebih bijak.
3. Anda Rasa Tertekan Bila Fikir Tentang Kerja
Bila fikir tentang kerja yang bertambun, kita rasa macam darah naik. Bengang semacam. Atau kita anggap kerja dah jadi beban. Tak ada lagi semangat dan ‘passion’ nak buat kerja. Apatah lagi nak buat ’extra effort’ untuk buat kerja.
4. Anda terpaksa Heret Kaki Untuk Ke Tempat Kerja
Bila anda bangun pagi dengan tak bersemangat bila fikirkan kerja anda, anda sentiasa harapkan ianya hari hujung minggu, atau anda asyik terfikir nak ambil cuti sakit atau cuti tanpa gaji atau cuti kecemasan, itu adalah tanda-tanda anda dah tak bersungguh nak buat kerja.
5. Anda Dah Buat Income Lebih Tinggi Dari Gaji Bulanan
Jika income dari bisnes anda dah boleh cecah lebih tinggi dari gaji bulanan, ini adalah masanya untuk anda fikirkan kembali tentang kerja anda. Jika anda lakukan bisnes secara part- time pun dah boleh berikan hasil yang tinggi, apa akan jadi jika anda fokus 100% dalam bisnes?
6. Anda Dah Ada Ilmu Bisnes Dan Pemasaran
Anda dah boleh mula fikirkan tentang nak berhenti kerja bila anda pasti anda dah ada banyak ilmu perniagaan dan pemasaran dari mentor yang dah terbukti melahirkan ramai usahawan dan juga dengan ilmu yang terbukti berkesan.
Anda yakin ilmu yang anda ada boleh bantu anda pergi lebih jauh dalam bisnes.
7. Anda Dah Ada Simpanan
Nak berhenti kerja dan buat bisnes jangan berhenti melulu. Pastikan anda dah ada simpanan secukupnya, sekurang-kurangnya 6 bulan dari gaji yang anda dapat sekarang.
Jika ada apa-apa yang berlaku kepada bisnes anda ada back-up yang boleh bantu anda.
Adakah tips ini membantu anda untuk mulakan langkah dalam bisnes? Jika anda nak ilmu marketing yang dah terbukti bantu lonjakkan banyak bisnes peserta yang telah hadir, anda boleh layari www.marketingmastery.com.my segera.
Ulasan
Catat Ulasan