BAGAIMANA ANDA HENDAK TANGANI PENGARUH NEGATIF DALAM DIRI?

7 cara keramat untuk ‘DETOX’ minda dari perkara negatif. 
Penyakit minda negatif adalah satu penyakit berjangkit.  Anda tak percaya?
Cuba duduk dalam sekumpulan 5 orang berkumpulan yang asyik cakap benda negatif saja, dan selepas seminggu, cek balik adakah anda juga dah mula berfikiran negatif?
“A negative mind will never give you a positive life.” – Zig Ziglar.
Minda yang negatif akan menyebabkan seluruh tubuh akan jadi lemah.  Tak percaya cuba cakap ‘aku bodoh’ setiap hari?  Sanggup?
Bagaimana kita nak hidup kaya dan berjaya kalau asyik dikawal oleh perasaan negatif dalam diri kita? Mustahil! Jadi apakah cara-cara yang boleh kita pelajari untuk kita mengawal penyakit minda negatif ini?
Ayuh sama-sama kita fahami 7 perkara penting yang harus kita jadikan amalan, untuk melawan ‘NEGATIVITY’.
  1. Sering bertanya pada diri apa tujuan hidup kita. Ini sangat penting kerana sebagai manusia kita harus mencari sesebuah makna atau erti dalam kehidupan kita. A purpose of your living. Orang yang sedang negatif selalunya lupa tentang perkara ini seketika. Lost. Jadi cari balik punca semangat kita. The Reason for Living.
  2. Sentiasa cuba memperbaiki diri. Untuk mengawal pengaruh negatif yang sentiasa berleluasa di sekeliling kita, kita harus sentiasa belajar untuk memperbaiki diri kita. Ini merujuk kepada sifat-sifat ingin tahu seperti membaca, mendalami ilmu, berfikiran terbuka dalam menerima kelemahan diri dan sentiasa mencari resolusi terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi.
  3. Fahamilah hakikat bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Setiap benda yang cantik pasti ada buruknya. Setiap perkara POSITIF bermula dengan keadaan NEGATIF. It is a simple science. Hidup tiada yang sempurna.
  4. Fahami situasi atau unsur negatif ini adalah sesuatu yang tidak boleh di hapuskan begitu sahaja. Sekalipun kita berjaya mengawalnya, ia akan tetap ada. Jadi apa yang harus kita buat?
  5. Jangan terlalu bersikap ‘RELUCTANT’ atau terlalu bersikap ‘RECEPTIVE’. Apabila kita berdepan dengan situasi negatif kita akan menolak sesuatu perkara itu dengan sekeras-kerasnya sedangkan kita mungkin belum pasti tentang kesahihannya. Jadi yang terbaik ialah kekal NEUTRAL sebelum anda pergi kepada peringkat yang lebih dalam.
  6. Sentiasa berkongsi, bersedekah dalam apa jua cara dan konteks. Ini sangat dalam dan penting maksudnya. Orang yang negatif, mindanya ditutup dengan sifat-sifat yang negatif seperti takut di kritik, takut digelar sombong, takut tiada yang berminat dan menyebabkan mereka takut untuk berkongsi, sedangkan KONSEP BERKONGSI ini sangat hebat manfaatnya. Jadi kongsi pengalaman anda, pencapaian anda, malah masalah anda agar anda mendapat input yang lebih banyak untuk dipelajari, dan juga boleh menjadi INSPIRASI kepada mereka yang memerlukan.
  7. Belajar untuk respond kepada ‘NEGATIVITY’ dengan ‘POSITIVITY’ iaitu MENULIS, BUKAN dengan cara yang lagi negatif. Setiap kali anda dilanda perasaan negatif anda luahkannya melalui tulisan. Apabila kita menulis, secara tidak langsung kita akan meluahkan, ‘FLUSH’segala kekotoran atau unsur-unsur negatif itu di atas sebuah kertas. Dengan itu anda akan merasa lebih tenang dan terkawal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKIBAT SUKA SOLAT DI HUJUNG WAKTU

BISNES UNTUK BANTU ORANG – 5 Tips Pemasaran Haji Mat Sdn Bhd

4 Kesilapan Besar Yang Dilakukan Oleh Pemilik Restoran. Jangan Ingat Makanan Dah Sedap Dah Cukup Bagus Untuk Buat Sales.