Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

BISNES UNTUK BANTU ORANG – 5 Tips Pemasaran Haji Mat Sdn Bhd

Imej
“Hari tu kat rumah saya, bila nak flush je, air kat jamban tu naik balik. Hadoyai. Nasib ler ada nampak iklan Haji Mat, PM tepi tanya harga memang berpatutan, bila datang,servis lak tip top.. masalah pun settle! Fuhh.. Lega rasa.” – Aisyah, Masjid Tanah – Haji rasa gembira bila dapat bantu selesaikan masalah orang.  Terutamanya masalah yang orang lain tak nak buat seperti masalah pengurusan tangki septik dan kumbahan.  Bukan senang nak dapatkan perkhidmatan seperti ini.  Kalau ada pun bayarannya mungkin mahal. Haji nak kongsikan dengan semua orang apa tips yang Haji Mat Sdn Bhd gunakan untuk marketkan bisnes Haji ni.  Orang kata bisnes Haji ni susah nak dapat pelanggan, tapi Haji percaya, selagi Haji dapat bantu orang, selagi itulah Haji boleh dapat pelanggan untuk bisnes Haji.  Walaupun Haji hanya tawarkan servis sedut najis dan angkut sampah. Jadi untuk anda yang nak buat bisnes perkhidmatan, jangan rasa tertekan, jangan rasa ianya susah kerana ...

7 Tanda Anda Patut Fokus Kepada Bisnes (Dan Mula Fikir Tentang Nak Berhenti Kerja!)

Imej
Pejam celik dah masuk bulan September. Sedar tak?  Masa dah terbang meninggalkan kita. Kami yakin, ada antara anda yang baca ini masih lagi sedang bekerja dan mungkin sedang berada dalam dilema. Dilema yang anda sendiri sahaja yang faham.  Nak kerja atau nak bisnes.  Nak bisnes atau nak kerja. Siapa ada perasaan macam ni? Anda mungkin sedang buat bisnes sambilan.  Bisnes sambilan anda mungkin dah boleh buat sedikit jualan. Dan ada masanya anda boleh buat sales agak tinggi. Tapi, sampai bila anda nak terus berniaga sambilan sedangkan anda sendiri dah tahu, berniaga boleh beri anda lebih pendapatan dan lebih masa jika anda usahakannya dengan betul.  Jadi kami nak kongsikan dengan anda 7 tanda anda patut mulakan bisnes secara sepenuh masa dan mungkin anda dah boleh start draft surat nak berhenti kerja. Anda Dah Buat Kerja Yang Sama Selama 5 Tahun Dan Tak Ada Peningkatan Adakah anda dah berada di jawatan yang sama, kerusi yang sama, lokasi ya...

5 Alat Pemasaran Dalam Talian

Imej
Dengan keadaan turun naik ekonomi negara kita yang tidak menentu, molek kiranya kita mula menjinakkan diri dengan perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan online. Perniagaan online tidak memerlukan modal yang banyak. Anda hanya perlukan laptop atau komputer, internet dan smart phone.  Anda tidak memerlukan produk anda sendiri sebagai permulaan. Apa kata anda bermula dengan menjadi agen atau dropship barangan kawan-kawan atau barangan orang lain. Apabila anda mendapat bonus atau hasil keuntungan daripada perniagaan tersebut, mulakanlah perniagaan anda sendiri. Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu dengan mempromosikannya kepada keluarga atau rakan-rakan terdekat. Inilah masanya anda menggunakan peluang yang ada. Gunakan kelebihan media sosial yang anda ada seperti Facebook, Instagram, Twitter, Email, Blog dan Youtube. Jika tidak ada, buka akaun tersebut. Ingat, anda mesti pandai menggunakan media sosial ini dengan bijak agar rakan-rakan sosial anda tidak jemu dan bosan sehin...

BAGAIMANA ANDA HENDAK TANGANI PENGARUH NEGATIF DALAM DIRI?

Imej
7 cara keramat untuk ‘DETOX’ minda dari perkara negatif.   Penyakit minda negatif adalah satu penyakit berjangkit.  Anda tak percaya? Cuba duduk dalam sekumpulan 5 orang berkumpulan yang asyik cakap benda negatif saja, dan selepas seminggu, cek balik adakah anda juga dah mula berfikiran negatif? “A negative mind will never give you a positive life.” – Zig Ziglar. Minda yang negatif akan menyebabkan seluruh tubuh akan jadi lemah.  Tak percaya cuba cakap ‘aku bodoh’ setiap hari?  Sanggup? Bagaimana kita nak hidup kaya dan berjaya kalau asyik dikawal oleh perasaan negatif dalam diri kita? Mustahil! Jadi apakah cara-cara yang boleh kita pelajari untuk kita mengawal penyakit minda negatif ini? Ayuh sama-sama kita fahami 7 perkara penting yang harus kita jadikan amalan, untuk melawan  ‘NEGATIVITY’ . Sering bertanya pada diri apa tujuan hidup kita.  Ini sangat penting kerana sebagai manusia kita harus mencari sesebuah makna atau erti dalam kehidup...

4 Kesilapan Besar Yang Dilakukan Oleh Pemilik Restoran. Jangan Ingat Makanan Dah Sedap Dah Cukup Bagus Untuk Buat Sales.

Imej
Ada ramai orang berpendapat bisnes kedai makan atau restoran dan gerai mudah nak berkembang sebab orang ramai memerlukan makanan.  Samada ekonomi turun atau merudum, atau keadaan teruk macam mana pun, orang pasti perlukan makanan. Betul, makanan adalah sumber kehidupan.  Tapi anda perlu juga ingat bahawa bisnes makanan adalah antara bisnes yang banyak persaingan. Dan bila ada banyak persaingan, orang ramai akan ada banyak pilihan. Kami ada menemubual  Tuan Mohd Zahrizan Jailani  dan  Puan Nur Laila Alias , pasangan suami isteri yang merupakan pemilik  Melewar  Kitchen di Senawang, Negeri Sembilan .  Mereka yang merupakan  #AnakDidikDrAzizanOsman  telah berkongsi dengan kami 5 kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pemilik restoran.  1/ Tunggu Pelanggan Setia Datang Melewar Kitchen adalah merupakan perniagaan yang awalnya dimiliki oleh ibu bapa Puan Nur Laila.  Oleh kerana bisnes ini dah lama, mereka fikir ramai...

Nak Ubah Hidup? 10 Cara Yang Kalau Kau Tak Buat Kau Memang Takkan Ubah Hidup!

Imej
“Aku rasa aku tak boleh buat…”. “Aku rasa aku tak yakin… tak konfiden”. “Aku rasa aku tak mampu…”. “Aku rasa aku nak ubah hidup tapi…” Setiap manusia pasti akan diduga dengan 1001 masalah. Kau selaklah mana-mana kitab, kau rujuklah mana-mana buku atau pakar sekalipun, kita hidup memang untuk menghadapi rintangan. Jadi persoalannya, apakah kau harus biarkan diri kau dihantui dengan persoalan-persoalan yang remeh-temeh seperti “Aku rasa..aku..rasa…rasa aku…” Selagi kau main rasa-rasa je selagi itu lah hidup kau akan dihimpit dengan perasaan kau yang lemah, lesu dan lembik! SEDIH!  Jadi macamana caranya kau boleh tukarkan ayat basi  KAU RASA  ini kepada ayat  AKU YAKIN, AKU MAMPU, AKU BOLEH BERUBAH!   Nak ubah hidup tak boleh main rasa-rasa.  Mesti ada matlamat yang jelas, ada ilmu dan bertindak ikut ilmu yang dah terbukti berjaya.  Ramai orang kata nak ubah hidup, nak tingkatkan pendapatan dan tahap kewangan, dah bosan dengan hidup sekarang,...

Belanja Untuk Hidup, Bukan Hidup Untuk Belanja

Imej
Lapan (8) Perkara Paling Penting Untuk Berbelanja Dengan Bijak Dan Selamat Ramai di antara kita yang selalu berbelanja sakan macam dunia ini anda yang punya! Wah gembiranya perasaan waktu itu. Mana tak nya? Tudung jenama popular pulak tengah promosi sakan, kita yang rasa nak cantik macam selebriti ni mulalah meroyan rasa macam nak beli semuanya! Kalau boleh semua design kita nak! “Kau rasa kau ni artist kah?” Hmmm…  Ini bukan retis…ini menangis jawabnya! Inilah rata-rata senario yang kita lihat hari ini, di mana ramai pembeli akan merasakan mereka patut berbelanja lebih bila mereka ada peluang, tetapi mereka tak sedar yang mereka telah terlebih berbelanja sehingga kadang-kadang menjadi mangsa terhadap promosi, iklan dan macam-macam lagi tawaran-tawaran yang merambangkan mata! Tak salah nak bershopping ala-ala self reward sekali sekala… Tapi mesti ada cara yang betul, mesti ada strateginya. Jadi persoalannya di sini bagaimana kita hendak mengawal diri kita ini untuk berbela...

3 Mental ‘ROAD BLOCK’ – Penghalang Paling Besar Untuk Kita Berjaya. Kisah Wanita Yang Nak Tunggu Duit Pencen.

Imej
Ada seorang wanita pernah bertanya soalan kepada kami, kenapa saya dah berusaha keras tapi masih lagi tak berjaya?  Yang menghairankan wanita ini telah tamat menghadiri program platinum kami, selalunya, bila dah hadir semua program, dan dah belajar betul-betul, serta ada tindakan, tak banyak sikit pasti ada perubahan dalam hidup dan kejayaan. Perbualan melalui telefon yang kami adakan secara ‘random’ untuk samada cari kisah kejayaan atau nak cek dan update database yang kami ada, bertukar menjadi sesi soal jawab dan bercerita.  Mula-mula, perbualan agak tegang, kerana wanita tersebut menggunakan ayat “banyak duit yang saya habiskan. Tapi hidup saya masih tak berubah.” Setelah terus mendengar cerita beliau dan terus bertanya beberapa soalan, kami dapati wanita tersebut masih bekerja dan berhasrat nak tunggu pencen kerana tak nak lepaskan wang pencen yang bakal diterima setiap bulan! Dia cerita lagi, dengan kerjanya dia tak dapat fokus kepada bisnes yang beliau lakuka...

5 Sebab Toys R US Terpaksa Istiharkan Perlindungan Dari Bankrup, Maksudnya Apa?

Imej
Ingat tak masa kecil dulu, bila kita tengah syok main masak-masak dengan kawan-kawan, tetiba ada kawan baru datang bawak kereta remote control dan akibatnya semua kawan-kawan yang dulunya dari pagi sampai petang main masak-masak dengan kita, dah  tak nak main lagi. Semuanya pun sibuk dengan kereta remote control baru si kawan yang lagi satu. Kita yang tak nak ngaku kalah cuba macam-macam teknik yang kita rasa betul dan kita suka supaya dapat ajak kawan lain meneruskan hobi lama main masak-masak dengan kita. Kita perkecilkan kereta remote control kawan tu, kita pergi sorok kereta remote control tu, dan ada yang siap bagi amaran supaya dia tak kacau kawan yang dulu pernah main masak-masak dengan kita. Akibatnya apa? Kita mainlah masak-masak sendiri, orang lain dah jadi lebih excited dengan mainan baru. Kena pulak kawan yang ada kereta remote control tu terlebih friendly, baik, habislah kau…! Itu dulu, zaman budak-budak. Tapi nak cerita sikit kisah benar yang berlaku kepada...

10 Kesalahan Majikan Buat Bila Cari Pekerja. Baca Supaya Tak Tersilap Langkah Nanti.

Imej
“The secret of my success is that we have gone to exceptional lengths to hire the best people in the world.”  ~  Steve Jobs Teringat kepada kata-kata Tuan Jerry Rizal dalam Entrepreneur Foundation Program (EFP) ~  “Korang ambik staf ikut suka hati, anak buah, anak jiran, anak kawan, janji dia orang, janji dia manusia dan bernafas korang ambik je jadi staf kan?” Memang tergelak bila dengar beliau cakap macam tu, tapi sebenarnya makan dalam sebab itulah yang selalu dan ramai usahawan seperti anda buat dalam urusan seharian. Memang tak ada siapa boleh nafikan, dalam buat bisnes seharian, kadang-kadanag anda rasa macam tak cukup tanah nak berlari, tak cukup kaki dan tangan nak uruskan bisnes, tak cukup otak nak fikir strategi dan segala benda TAPI itu bukan alasan untuk anda ambil dan lantik sesiapa sahaja untuk jadi pekerja anda.  In fact, itu tak akan menyelesaikan masalah, dan ada kemungkinan ianya akan menimbulkan masalah kepada anda. Satu perkara yang ram...